Keselamatan Tinder

Keselamatan awak diutamakan.

Bertemu orang baru sepatutnya rasa mengujakan, bukannya ragu-ragu. Cari alat dan sumber yang membantu awak kekal mengawal keadaan, di dalam dan di luar Tinder.

Teroka pendekatan kami terhadap keselamatan

Keselamatan bukanlah satu ciri.Ia asas kami.

Kerana apabila awak rasa selamat untuk menjadi diri sendiri, kemungkinannya tiada batasan.

Beginilah cara kami muncul di setiap langkah.

Pendekatan kami terhadap keselamatan

Semakan Wajah¹, Pengesahan Foto, Kongsi Dating Saya, sekat, nyahpadan dan laporkan — semuanya di hujung jari. Dibina untuk membantu awak kekal terkawal di setiap langkah.

Beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum janji temu pertama.

Dapatkan vibe check dahulu.

Sembang dalam aplikasi sambil awak mengenali mereka dengan lebih baik. Kongsi nombor telefon, media sosial atau maklumat peribadi lain hanya apabila awak berasa selesa.

Jumpa di tempat awam dahulu.

Pilih tempat yang ramai orang untuk pertemuan pertama. Kedai kopi, bar, taman.

Beritahu seseorang tentang rancangan awak.

Gunakan Kongsi Dating Saya atau beritahu kawan awak tentang orang yang awak akan jumpa, tempat yang awak akan pergi dan waktunya.

Pastikan telefon awak dicas.

Pastikan awak boleh telefon, hantar mesej, guna peta atau terus keluar jika perlu.

Kawal cara awak pergi ke sana dan pulang ke rumah.

Rancang sendiri cara awak pergi dan balik, supaya keputusan untuk pulang sentiasa di tangan awak.

Percaya kata hati awak.

Kalau rasa tak kena, percayalah naluri itu. Awak boleh pergi, sekat, nyahpadan atau laporkan pada bila-bila masa.

Beberapa perkara lagi yang perlu diketahui:

Kenali mereka di Tinder.

Kami menggunakan gabungan teknologi dan semakan oleh manusia untuk membantu pastikan perbualan lebih selamat. Pengguna dengan niat buruk selalunya cuba alihkan perbualan ke mesej teks atau aplikasi lain dengan cepat — itu tanda yang patut diberi perhatian.

Melancong ke tempat baru?

Kalau awak dah tambahkan orientasi seksual awak pada profil awak, kami akan menyembunyikannya secara automatik di kawasan tertentu yang mungkin tidak selamat. Selepas awak meninggalkan tempat itu, kami akan memaparkannya semula pada profil awak.

Persetujuan perlu berterusan.

Setiap pengalaman di Tinder mestilah berasaskan persetujuan dari mula hingga akhir. Kalau sesuatu rasa tak kena pada bila-bila masa, percayalah perasaan itu.

Tinder ialah tempat hubungan yang bermakna berlaku.

Komuniti kami berkembang apabila semua orang berasa dialu-alukan. Sebab itulah kami memandang serius terhadap Garis Panduan Komuniti kami.

Nampak sesuatu yang tak sepatutnya ada di sini? Laporkannya.

Setiap laporan membantu kami memastikan Tinder kekal selamat untuk semua.

Baca Garis Panduan Komuniti kami

Beberapa sumber yang berguna:

Kami ada di sini untuk bantu awak rasa selamat dan disokong daripada padanan hingga berjumpa.

Ada soalan? Semua orang ada sekurang-kurangnya satu soalan.

Lawati Soalan Lazim (FAQ)

1. Semakan Wajah tersedia di pasaran terpilih dan syarat mungkin berbeza mengikut lokasi.

Ok tapi.. kenapa Tinder?

Aplikasi Tinder yang memaparkan ciri Double Date

Dengan ciri seperti Double Date, Mod Muzik, Mod Astrologi, Pasport, Matlamat Perhubungan dan Pengesahan foto, Tinder terus menjadi aplikasi janji temu paling popular di dunia yang tersedia di 190 negara, dengan lebih 55 bilion padanan tercipta sejak kami melancarkan Leret. Di sebalik setiap padanan itu, ada insan sebenar. Itu memang sentiasa tujuannya. Inilah tempat untuk awak jumpa orang yang awak mungkin takkan pernah jumpa dalam kehidupan biasa: crush baru, teman travel, kisah yang perlahan-lahan membara dan akhirnya jadi sesuatu yang nyata. Apa pun yang awak cari, atau belum cari lagi, Tinder berikan awak ruang untuk memikirkannya.

Cipta profil, tetapkan keutamaan awak dan mula leret. Suka seseorang dan mereka suka awak semula, itu barulah sepadan. Lepas tu, terpulang pada awak. Hantar mesej, buat rancangan, tengok apa yang jadi. Dengan ciri seperti Double Date, Mod Muzik, Pasport, Keserasian dan banyak lagi, Tinder dibina untuk setiap jenis hubungan: santai, serius atau di mana-mana di antaranya.

Muat turun aplikasi Tinder secara percuma di iOS dan Android.

Awak dah cukup membaca. Pergi teroka sendiri.

Muat turun Tinder

Awak dah cukup membaca. Pergi teroka sendiri.

Muat turun Tinder