Soalan Lazim

Awak ada soalan
Kami ada jawapan

Profil dan Padanan

Foto apa yang patut saya gunakan di Tinder?

Foto diri awak yang sebenar. Bukan gambar berkumpulan untuk kami teka, bukan cermin mata hitam yang sembunyikan separuh wajah awak, bukan gambar kabur dari tahun 2019. Fokus, menghadap ke depan, dan kalau awak tersenyum — lagi baik. Awak mungkin tak sangka sejauh mana kesannya.

Apa yang patut saya masukkan dalam bio saya?

Apa-apa saja yang rasa benar. Senarai perkara yang awak minat, apa yang awak cari, rujukan yang hanya orang yang tepat akan faham. Pastikan ia ringan atau mendalam — mana-mana pun berkesan. Jadikan ia milik awak. Untuk maklumat yang perlu ditinggalkan, sila semak Garis Panduan Komuniti kami.

Bagaimanakah cara untuk menyahpadan seseorang?

Ketik perisai biru pada profil mereka atau dalam sembang untuk membuka Set Alat Keselamatan dan nyahpadan. Selesai. Tak perlu penjelasan, tak perlu terasa hati.

Bagaimana padanan Tinder berfungsi?

Dua orang meleret ke kanan pada satu sama lain, itu padanan. Semudah itu.
Apa yang berlaku selepas itu terpulang kepada awak.

Apakah maksudnya bila Tinder kata saya terlepas padanan?

Maksudnya seseorang sukakan awak dan awak terleret ke kiri. Itu boleh berlaku.
Jika ada Tinder Plus, awak boleh putar balik dan lihat mereka semula.

Cara Tinder Berfungsi

Adakah Tinder percuma?

Ya. Muat turun secara percuma di App Store atau Google Play, atau gunakannya di tinder.com. Asasnya (cipta profil, suka orang, padan) semuanya percuma. Pakej premium kami tersedia kalau nak lebih lagi.

Bagaimana Tinder berfungsi?

Tetapkan pilihan (jantina, jarak, orientasi) dan Tinder menggunakan teknologi berasaskan lokasi untuk menunjukkan orang berdekatan yang sepadan dengan pilihan tersebut. Leret ke kanan untuk suka, leret ke kiri untuk tidak. Padan dengan seseorang yang suka awak semula dan mula bersembang.

Adakah profil Tinder benar?

Kami memandang serius perkara itu. Pengesahan foto membolehkan ahli mengesahkan bahawa mereka kelihatan seperti dalam foto mereka, dan profil yang disahkan akan dapat tanda semak biru. Kami sangat mengesyorkan untuk mendapatkannya. Ia nampak bagus pada profil dan bantu pastikan komuniti kekal selamat.

Bolehkah Tinder digunakan pada komputer riba?

Ya. Pergi ke tinder.com dan log masuk untuk pengalaman desktop penuh. Kebanyakan ciri tersedia di sana.

Adakah Tinder tersedia di negara saya?

Tinder tersedia di 190+ negara di seluruh dunia. Jika awak ada akses ke App Store atau Google Play Store, boleh muat turun Tinder dan mula berkenalan dengan orang di mana saja awak berada. Ciri Pasport juga membolehkan awak padan dengan sesiapa di mana-mana lokasi sebelum tiba. Jadi sama ada awak melancong atau sekadar ingin tahu, semua ada.

Adakah Tinder selamat?

Tinder memandang serius tentang keselamatan. Pengesahan Foto mengesahkan ahli kelihatan seperti foto mereka — profil yang disahkan akan dapat tanda semak biru. Set Alat Keselamatan tersedia dalam setiap padan dan perbualan, memberikan akses satu ketikan untuk menyekat, melaporkan dan nyahpadan pada bila-bila masa. Kongsi Dating Saya membolehkan awak hantar butiran janji temu dan lokasi kepada orang yang awak percaya sebelum awak pergi. Pengesahan ID menambah satu lagi lapisan keyakinan bahawa orang yang awak berbual itu adalah diri mereka yang sebenar. Dan jika sesuatu rasa tak kena, bantuan sentiasa hanya sejauh satu ketikan. Untuk maklumat lanjut, lawati halaman Petua Keselamatan kami.

Bagaimanakah cara untuk padam akaun Tinder saya?

Awak boleh padamkan akaun Tinder bila-bila masa melalui tetapan aplikasi. Pergi ke Tetapan, skrol ke bahagian bawah, dan pilih Padam Akaun. Sila maklum bahawa memadam akaun adalah tindakan kekal: padanan, mesej dan profil awak akan dikeluarkan. Kalau awak cuma perlukan rehat, awak boleh sembunyikan profil tanpa kehilangan apa-apa. Untuk bantuan langkah demi langkah, lawati halaman Sokongan.

Ciri-Ciri dan Langganan

Apakah Tinder Plus / Gold / Platinum?

Tinder menawarkan tiga peringkat langganan bergantung pada berapa banyak yang ingin dibuka kunci. Tinder Plus berikan suka tanpa had, putar balik tanpa had, pasport, tiada iklan dan mod penyamaran. Tinder Gold menambah segala-galanya dalam Plus berserta keupayaan untuk lihat siapa sukakan awak, Pilihan Popular, Super Suka mingguan dan Boost bulanan.
Tinder Platinum merangkumi semua yang ada dalam Gold serta keupayaan untuk hantar mesej sebelum padanan, sukaan utama, dan melihat suka yang telah dihantar. Semua langganan tersedia setiap bulan dan boleh diuruskan melalui tetapan aplikasi awak. Lihat pecahan penuh di halaman Langganan kami.

Bagaimana Boost berfungsi?

Boost menjadikan profil awak antara yang teratas di kawasan awak selama 30 minit, memberikan awak hingga 10x lebih keterlihatan. Cari tanda petir ungu apabila bersedia untuk menggunakannya.

Apa yang ditawarkan oleh Tinder Gold?

Lihat siapa sukakan awak, suka tanpa had, putar balik, Pasport, Super Suka mingguan, 1 Boost bulanan dan pengalaman tanpa iklan. Segala yang diperlukan untuk betul-betul mengawal padanan.

Di mana saya boleh melihat Super Suka di Tinder?

Cari bintang biru pada profil. Itulah Super Suka. Nak lihat semua orang yang Super Suka awak tanpa perlu meneka? Itulah gunanya Gold.

Langganan Tinder mana yang terbaik?

Bergantung pada apa yang awak cari! Plus memberi kebebasan: sukaan tanpa had, putar balik, pasport, tiada iklan. Gold menambah keupayaan melihat siapa sudah sukakan awak. Platinum meletakkan awak di barisan depan dengan sukaan utama dan keupayaan menghantar mesej sebelum dipadankan. Mulakan dari tempat awak berada dan teruskan dari situ.

Siapa yang hantar Super Suka kepada saya?

Kalau nak tahu cara lama, teruskan leret dan cari bintang biru. Kalau awak lebih suka nak tahu terus, Gold menunjukkan semua orang yang dah suka awak,
termasuk Super Suka.

Dating & Hubungan

Adakah Tinder akan menaja perkahwinan saya?

Kami pernah buat sebelum ini dan sentiasa bersedia untuk meraikannya.
E-mel tinderstories@gotinder.com. Ceritakan kisah awak kepada kami dan jangan jadi orang asing.

Bolehkah anda bertemu teman di Tinder?

55 bilion padanan setuju. Kami bina ciri untuk bantu awak lebih menonjol dan berhubung. Selebihnya terpulang pada awak.

Bolehkah ada bertemu cinta di Tinder?

Apa-apa saja boleh berlaku di sini. Ada janji untuk membuktikannya.

Masih ada soalan? Kami tak ke mana-mana

Dah bersedia nak kembali?

Muat turun Tinder

Dah bersedia nak kembali?

Muat turun Tinder