Dasar Privasi Kesihatan Pengguna

Dasar Privasi Data Kesihatan Pengguna ini adalah tambahan kepada Dasar Privasi dan bertujuan untuk penduduk Washington dan Nevada sahaja. 

Pengumpulan dan Penggunaan Data Kesihatan Pengguna 

Kami tidak mengumpul “data kesihatan pengguna” dengan sengaja dan kami tidak menggunakan data yang kami kumpul untuk mengenal pasti atau membuat kesimpulan tentang status kesihatan fizikal atau mental silam, semasa atau masa depan anda. Walau bagaimanapun, oleh kerana “data kesihatan pengguna” mempunyai takrifan yang luas di sesetengah bidang kuasa, maklumat yang kami mungkin kumpul daripada atau mengenai anda dari masa ke masa mungkin dianggap sebagai “data kesihatan pengguna” di bawah undang-undang bidang kuasa tersebut. Seperti data lain yang kami kumpul, sebab utama kami menggunakan maklumat ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada anda dan membantu anda berhubung dengan ahli-ahli lain. 

Cara Kami Mendedahkan Data Kesihatan Pengguna

Kami mungkin kongsi data kesihatan pengguna dengan kategori pihak ketiga yang berikut jika perlu untuk tujuan yang diterangkan di atas: 

  • Pengguna lain. Anda berkongsi maklumat dengan pengguna lain apabila anda mendedahkan maklumat secara sukarela di perkhidmatan untuk dilihat oleh orang lain (contohnya, profil awam anda).

  • Penyedia perkhidmatan. Kami kongsi maklumat dengan vendor yang membantu kami mengendalikan perkhidmatan kami. Mereka menyediakan perkhidmatan seperti pengehosan dan penyelenggaraan data, khidmat pelanggan dan operasi keselamatan.

  • Ahli Gabungan. Kami mungkin kongsi maklumat dengan ahli gabungan yang membantu kami dalam operasi pemprosesan data, seperti penyedia perkhidmatan. Bantuan ini mungkin termasuk operasi pemprosesan, seperti pengehosan dan penyelenggaraan data, khidmat pelanggan, keselamatan data dan usaha melawan spam, penyalahgunaan, penipuan atau salah laku lain.

  • Pihak-pihak transaksi korporat. Kami mungkin mendedahkan maklumat anda jika kami terlibat, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, dalam penggabungan, penjualan, pemerolehan, penyahlaburan, penstrukturan semula, penyusunan semula, pembubaran, kebankrapan, perubahan pemilikan atau pengawalan yang lain.

  • Pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang / Proses Undang-undang. Kami mungkin mendedahkan data anda untuk: (i) mematuhi proses undang-undang, seperti perintah mahkamah, sepina atau waran geledah, penyiasatan kerajaan / penguatkuasaan undang-undang atau keperluan undang-undang yang lain; (ii) membantu dalam pencegahan atau pengesanan jenayah; (iii) melindungi keselamatan mana-mana orang; dan (iv) membuktikan, melaksanakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang.

Hak Anda

Anda boleh melaksanakan hak privasi anda di bawah undang-undang yang terpakai dengan menyerahkan permintaan kepada pasukan khidmat pelanggan kami di sini

Ada soalan? Semua orang ada sekurang-kurangnya satu soalan.

Lawati Soalan Lazim (FAQ)

Awak dah cukup membaca. Pergi teroka sendiri.

Muat turun Tinder

Awak dah cukup membaca. Pergi teroka sendiri.

Muat turun Tinder